09 March 2010

Orang Melayu jangan tikam bangsa sendiri

Shah Alam- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta menghentikan pertikaian isu sensitif yang melibatkan agama dan bangsa.

Tegasnya keharmonian, persefahaman politik dalam sistem sosial dan pendidikan harus diwujudkan dalam setiap masyarakat.

Beliau tidak mahu ada di kalangan pemimpin Melayu menikam bangsanya sendiri.

Beliau memberitahu media selepas merasmikan Himpunan Pelajar Melayu Merdeka anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, GPMS di Shah Alam.

Parti-parti politik Melayu dan juga NGO serta institusi Melayu dan Islam lain perlulah bersatu dan mempertahankan maruah bangsa.

Menurut beliau lagi Menteri Besar Selangor juga harus bertanggungjawab dengan kebangkitan isu itu tanpa menyalahkan pihak lain.

Beliau seharusnya memohon maaf atas tindakannya.

05 February 2010

STRATEGI DAN DASAR PERJUANGAN GPMS SESI 2009 – 2012



1.Hala tuju perjuangan adalah berdasarkan kepada tiga perkara berikut:

i. GPMS memperjuangkan Melayu di atas dasar Non-Partisan
ii. GPMS gedung melahirkan pemimpin negara
iii. GPMS di peringkat cawangan adalah tunggak perjuangan yang akan diperkasakan.

2.Cogan kata yang memperlihatkan kelantangan dan keberanian GPMS ialah:
"GPMS SINGA PERJUANGAN BANGSA"

3.Sebuah Panel Pemikir yang akan memberi idea dan pandangan terhadap fungsi GPMS ditubuhkan khusus dan dianggotai oleh pencinta perjuangan ini yang berumur di atas 40 tahun.

4.GPMS akan memberi fokus utama terhadap pelbagai isu pendidikan yang berkaitan pelajar Melayu melalui kaedah konsultatif dan perbincangan dengan pihak kerajaan. Disasarkan sekurang-kurangnya membincangkan 10 isu setahun sebagai penanda aras.

5.Melantik 6 orang AMT tambahan mengikut komposisi negeri dan 10 orang Pegawai Khas Presiden yang terdiri daripada penggerak muda yang berpotensi bagi membantu Presiden melaksanakan dasar dan strategi ini.

6.Perlembagaan GPMS akan dipinda dengan segera mengikut kehendak ahli dan kepentingan semasa.

7.Menetapkan tempat dan pengerusi Persidangan Agung GPMS untuk tahun 2010, 2011 dan 2012 bagi melancarkan perlaksanaannya dan persediaannya dapat dilakukan dengan lebih awal.

8.Melaksanakan semua usul-usul dalam PAT sebelum ini yang tertunggak beserta usul-usul yang terkini.

9.Biro-biro yang ditubuhkan di dalam GPMS mestilah pelbagai dan terkini menjurus kepada pendidikan.

10.Menginstitusikan jawatan Penaung GPMS kepada Perdana Menteri Malaysia, Ketua Penasihat GPMS kepada Timbalan Perdana Menteri dan panel penasihat mestilah terdiri daripada mantan Presiden GPMS yang masih hidup sebagai penghormatan besar kepada mereka.

11.Dasar media yang telus dan terkawal dengan mandat yang jelas kepada Presiden dan Setiausaha Agung bagi isu di peringkat pusat. Pengerusi negeri dan YDP Cawangan boleh bercakap tentang isu setempat manakala semua ahli yang melaksanakan program boleh mempromosi program di media dengan sebebas-bebasnya.

12.GPMS hanya akan mengeluarkan kenyataan akhbar dan membincangkan isu-isu yang relevan dengan perjuangannya dan mengelakkan diri terutamanya dalam isu yang berkaitan serta berbaur politik bagi mengekalkan matlamat penubuhan GPMS.

13.GPMS akan menubuhkan GPMS Holdings Sdn. Bhd. dan Tabung Amanah Pelajar 1Malaysia untuk mendapatkan dana bagi membiayai pentadbiran dan aktiviti. Memeterai beberapa Memorandum Persefahaman dan Perjanjian yang dapat memberi manfaat kepada GPMS dan pelajar Melayu amnya.

14.Program Kad Keahlian GPMS akan diperkemaskan segera dan mensasarkan 50,000 keahlian baharu pada setiap tahun 2010, 2011 dan 2012.

15.Menjadikan Ibu Pejabat GPMS Kebangsaan dan Pejabat GPMS Negeri di seluruh negara sebagai Pusat Khidmat Pendidikan Pelajar Melayu.

16.GPMS Negeri dibenarkan bekerjasama dengan kerajaan negeri masing-masing tanpa mengira parti demi kepentingan pelajar Melayu.

17.GPMS akan mengadakan pelbagai kunjungan hormat bertemu pemimpin dan pencinta perjuangan Melayu demi mendapatkan ilmu serta pandangan yang bermanfaat.

18.Menggalakkan lawatan ilmiah ke luar negara bagi mendapatkan idea dan pengalaman baru. Di samping itu dapat mengadakan perbincangan dengan pelajar Malaysia di sana untuk menerangkan isu-isu semasa.

19.Program Sembang Intelektual / Kunjungan Hormat bersama tokoh dalam formulasi Strategi Melayu akan diperbanyakkan.

20.Berusaha mendapatkan Pingat Kebesaran dari YDPA untuk bekas-bekas Presiden dan Setiausaha Agung GPMS yang masih hidup sebagai tanda penghargaan terhadap jasa perjuangan mereka

21.GPMS akan memperkasa modul dan melahirkan penceramah yang mahir dalam motivasi yang berfokus kepada 6 aspek iaitu: (i) Motivasi dan Teknik Belajar berkesan, (ii) Motivasi Kepimpinan, (iii) Motivasi dan Petua Menghadapi Peperiksaan (iv) Motivasi Sukan (v) Motivasi Keusahawanan. (vi) Motivasi Guru dan Ibu-Bapa

22.Menerbitkan pelbagai buku yang berkaitan pendidikan (10 buah buku sebagai penanda aras).

23.GPMS menggalakkan pemimpin-pemimpinnya menggembangkan bakat kepimpinan di dalam Majlis Belia Daerah / Kawasan, Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Malaysia. Manakala, GPMS di semua IPT digalakkan untuk menyertai Pilihanraya Kampus masing-masing untuk membuktikan keberkesanan Sistem Latihan Perkaderan dan Kepimpinan GPMS.

24.Menonjolkan ikon Pelajar Melayu sebagai model kehebatan yang boleh dicontohi dengan kerjasama pelbagai agensi terutamanya dengan Program Permata Pintar.

25.GPMS akan membantu pelajar yang telah tamat peperiksaan utama di sekolah untuk melanjutkan Pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dengan kaedah dan strategi yang tersendiri

Sumber-Shahfaliq (AMT GPMS)

04 February 2010

SUARA ORANG MUDA PERLU DI DENGARI!!!

Jangan perlekeh orang muda (Utusan Malaysia/Rencana 3/2/2010)


Membina modal insan - intelektual, kreatif dan inovatif - bukanlah mudah. Satu daripada langkahnya ialah mewujudkan iklim yang kondusif untuk pembangunan insan bersepadu di pelbagai peringkat seperti sekolah, universiti dan institusi belia.

Ketika melancarkan Malaysia Inovatif 2010 (MI2010) pada 27 Januari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengatakan bahawa penuntut harus diberikan kebebasan untuk berfikir secara kritikal dan disokong oleh persekitaran yang interaktif. Ini bagi mewujudkan ekosistem yang mengupayakan budaya kreatif dan inovasi yang melibatkan segenap lapisan masyarakat dan bidang.

Majoriti guru, pensyarah dan pengurus belia serta pemimpin sekolah, universiti dan institusi belia komited dengan agenda ini. Bagaimanapun, malangnya, terdapat juga keadaan-keadaan yang sebaliknya, di mana sesetengah orang muda bukan sahaja tidak disediakan dengan iklim yang kondusif itu, malahan terdapat mereka yang diperlekehkan.

Sesetengah pihak menganggap gejala memperlekeh orang muda jarang berlaku. Tetapi, oleh kerana keunggulan jarang berlaku jika dibandingkan dengan kehambaran, maka, perkara yang jarang berlaku usah dipandang ringan. Sebenarnya, ia dianggap jarang berlaku kerana ia jarang dilaporkan atau dibincangkan dengan terbuka.

Namun, jika dilihat komentar tentang hal ini dalam facebook saya, maka ia tidaklah sejarang yang dijangka. Di samping itu, sesetengah orang tidak faham akan makna memperlekeh orang muda, lalu mengatakan yang gejala ini jarang berlaku.

Gejala memperlekeh orang muda muncul dalam beberapa bentuk.

Pertama, orang muda dilemparkan dengan kata-kata kesat dan sindiran. Contoh yang berlaku di sekolah ialah, "saya tak peduli awak siapa", "budak kampung", "saya tarik balik restu saya sebagai guru", "saya makan kasut kalau awak lulus" dan "awak berdoalah sajalah".

Contoh di universiti ialah, "mahasiswa tidak matang", "mahasiswa masih berhingus", "belum lulus universiti dah nak cakap pasal politik", "sudut pidato pasti berkubur", "awak siapa nak berhujah dengan saya? Saya profesor" dan "aku pegawai, atau engkau pegawai?"

Contoh dalam gerakan belia pula ialah, "awak pemimpin masa depan, sekarang ni jangan campur urusan kepimpinan", "kalau bukan wakil rakyat tak mampu memimpin persatuan belia" dan "idealisme tahi kucing".

Kedua, orang muda dikenakan peraturan atau hukuman yang keterlaluan. Terdapat kes pelajar sekolah yang telah pun selesai menjalani hukumannya, tetapi terus tidak dibenarkan mewakili sekolah/rumah dalam kokurikulum atau membuat persembahan pentas atau keluar ke bandar (jika di sekolah berasrama) hinggalah tamat persekolahannya. Ini bermakna beliau dihukum dua kali. Ini bertentangan dengan prinsip keadilan yang termaktub dalam Artikel 7 Perlembagaan Persekutuan yang menegah berlakunya "dwi-dakwaan".

Di universiti, terdapat kes mahasiswa yang dianggap bersalah (sebelum diadili), tetapi akibat tidak dapat dibuat pertuduhan kesalahan yang spesifik, maka beliau dihadapkan juga ke lembaga disiplin atas pertuduhan yang tidak munasabah seperti "menjatuhkan nama baik universiti". Justeru, tidak dapat dibayangkan sejauh manakah ketidakadilan yang berlaku sebelum Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dipinda pada 2009.

Dalam gerakan belia, pernah terdapat dua buah badan gabungan Majlis Belia Malaysia (MBM) dinafikan hak peruntukan kewangannya semata-mata kerana berbeza pendirian dengan pemimpin atasan agensi kerajaan yang berkaitan.

Ketiga, bakat orang muda dibunuh. Terdapat pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang mewakili negeri dalam sukan yang kelengkapannya tidak terdapat di sekolah, seperti squash, boling dan renang, yang ibu bapanya bersedia berbelanja sendiri untuk jurulatih dan latihan di luar, kerana memahami yang sekolah tidak mampu menyediakannya. Malangnya, sudahlah sekolah tidak menyediakan kemudahan pengangkutan, dan ibu bapa menyediakannya sendiri, pelajar berkenaan disukarkan pula mendapatkan kelulusan untuk pergi berlatih.

Terdapat idea atau program yang hendak disampaikan atau dilaksanakan oleh mahasiswa dikekang, kerana mahasiswa itu dilabelkan sebagai pembangkang. Lebih dahsyat lagi, idea atau program tersebut diberikan kepada mahasiswa lain untuk melaksanakannya. Dalam kes lain, oleh kerana tidak faham akan kepentingan sesetengah kokurikulum, seperti debat dan bola keranjang, maka, ia kurang disokong.

Terdapat idea daripada pemimpin belia yang tidak diendahkan kerana beliau tidak bergelar, berharta atau berjawatan tinggi. Anehnya, idea itu kemudiannya digunakan oleh pemimpin agensi kerajaan (yang menolak idea tersebut), tetapi tanpa sebarang pengiktirafan kepada pemimpin belia itu.

Keempat, orang muda tidak dibolehkan berbeza pendapat. Jika berbeza pendapat, pelajar tidak diberikan restu, mahasiswa dilabelkan sebagai pembangkang, manakala belia dituduh hendak tunjuk pandai.

Dan kelima, suara orang muda dinafikan. Terdapat pelajar yang telah dipilih oleh persatuannya menjadi ketua, tetapi dipaksa oleh sekolah supaya melepaskan jawatan kerana kononnya prestasi akademiknya buruk. Tetapi, syarat akademik itu tidak wujud ketika pemilihan dibuat, dan pelajar itu tidaklah buruk prestasinya. Lebih kasihan ialah pelajar itu telah pun bekerja keras mengetuai persatuannya untuk satu tempoh masa yang signifikan, termasuk berjaya mengumpulkan sejumlah besar penajaan bagi persatuan.

Terdapat mahasiswa antarabangsa yang telah dipilih menjadi Presiden Majlis Perwakilan Pelajar sebuah institut pengajian tinggi (IPT), tetapi dipaksa oleh IPT itu supaya melepaskannya kerana kononnya jawatan itu hanya boleh dipegang oleh mahasiswa Malaysia, sedangkan syarat itu tidak wujud.

Seorang Presiden MBM pernah dinafikan haknya berucap seperti yang sepatutnya di Perhimpunan Hari Belia Negara.

Tetapi, bukan orang muda sahaja yang berhadapan dengan gejala ini. Ada guru debat yang berjaya lima tahun berturut-turut membawa pasukannya ke pertandingan akhir, dan tiga kali menjadi johan, tetapi, bukan sahaja tidak mendapat sokongan daripada sekolahnya, malahan, lebih teruk lagi, beliau diberikan markah rendah dalam laporan penilaian prestasi tahunan kerana kononnya debat tidak termasuk dalam sasaran kerja tahunan.

Ada pensyarah yang menjalankan tugas hal ehwal pelajar (HEP) dengan cemerlang, tetapi tidak mendapat penilaian prestasi yang sewajarnya kerana kerja-kerja HEP tidak diiktiraf oleh ketuanya.

Ada pegawai belia yang begitu komited, yang sanggup bekerja tanpa mengira masa dan tenaga, tetapi tercicir dalam pengiktirafan kepada pegawai lain yang pandai mengampu atau mempunyai talian dengan orang besar.

Gejala buruk ini mesti dihentikan segera. Oleh kerana ia berlaku di peringkat akar umbi, maka, Menteri dan pegawai tinggi sahaja tidak mampu menanganinya. Ia memerlukan keberanian sosial setiap seorang daripada kita untuk merubahnya.

Penulis ialah Datuk Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi)

PENSYARAH UMT TERIMA ANUGERAH RATU ELIZABETH

Berita Harian (5 Februari 2010)

Pelajar PhD kita terima anugerah Ratu Elizabeth


SEORANG pelajar ijazah doktor falsafah (PhD) dari Malaysia di University of Leeds dipilih sebagai penerima The Queen Anniversary Awards apabila kajiannya mengenai sistem pemantauan dan pengawalan pencemaran udara di kawasan bandar mendapat pengiktirafan Kerajaan United Kingdom.

Noor Zaiton Yahaya, 44, yang juga pensyarah Fakulti Sains Kejuruteraan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), dipercayai menjadi rakyat Malaysia pertama menerima anugerah berprestij itu yang akan disampaikan Ratu Elizabeth di Istana Buckingham pada 19 Februari ini.

Noor Zaiton adalah antara dua pelajar PhD antarabangsa di Institut for Transport Studies (ITS) universiti berkenaan, yang layak menerima pengiktirafan berkenaan.ITS yang mempunyai 35 pelajar PhD dari seluruh dunia, adalah institusi penyelidikan sistem pengangkutan awam dan pengawalan pencemaran terbesar di Eropah serta menjadi pusat rujukan global.

Tahun lalu, Noor Zaiton turut diberi penghormatan menyampaikan ucaptama dalam persidangan antarabangsa Urban Environmental Management and Air Quality in Less Developed Countries di Copenhagen, Denmark.

Noor Zaiton ketika dihubungi, berkata pengiktirafan itu meletakkan nama negara di peringkat antarabangsa.

"Setakat ini, saya belum pernah dengar mana-mana pelajar Malaysia menerima anugerah berprestij ini dan saya sangat bersyukur kerana terpilih menerimanya. Ia adalah kejayaan negara dan UMT.

"Saya berterima kasih kepada kerajaan yang menaja saya belajar di sini dan juga keluarga terutama suami," katanya.

Noor Zaiton berkata, beliau akan memperkembangkan hasil kajiannya untuk diguna pakai di Malaysia sekembalinya ke tanah air selepas menamatkan pengajian.

"Saya banyak menerima tawaran untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk meningkatkan taraf pengawalan pencemaran udara dan akan cuba menggunakan kepakaran yang ada di Malaysia," katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UMT, Prof Dr Aziz Deraman, berkata pengiktirafan itu memberi peluang kepada penyelidik lain untuk pergi lebih jauh dalam usaha mereka meneroka ilmu dan teknologi baru untuk dimanfaatkan bersama.

Dr Aziz berkata, kejayaan Noor Zaiton juga dapat menyuntik semangat pelajar PhD lain dalam meningkatkan usaha menjayakan penyelidikan yang dapat dimanfaatkan bagi membantu kerajaan membangunkan negara.

"Pengiktirafan itu membolehkan negara memiliki pakar dalam sistem pengawalan pencemaran dan diharap sebaik menamatkan pengajian, pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh itu dapat dikongsi bersama dalam memperkemaskan pengurusan alam sekitar," katanya.

03 February 2010

25 UNIVERSITI TERBAIK DUNIA (2009)

25. Kyoto University, Japan


24. University of Hong Kong


23. King’s College London


22. University of Tokyo


21. University of Edinburgh


20. ETH Zurich (Swiss Federal Institute of Technology)


19. University of Michigan, United States


18. Mcgill University, Canada


17. Australian National University


16. Stanford University, United States


15. Cornell University, United States


14. Duke University, United States


13. Johns Hopkins University, United States


12. University of Pennsylvania, United States


11. Columbia University, United States


10. California Institute of Technology (caltech)


9. Massachusetts Institute of Technology (mit), United States


8. PRINCETON University, United States


7. University of CHICAGO, United States


6. University of OXFORD, United Kingdom


5. IMPERIAL College London


4. UCL (University College London)


3. Yale University, United States


2. University of Cambridge, United Kingdom


1. Harvard University, United States

RENUNG-RENUNGKANLAH....

Kenapa Melayu Tak Segar?

Melayu jangan terus layu…Kenapa Melayu Tak Segar?
sebab melayu tak suka berfikir.
malas nak guna otak kanan dan kiri
suka tengok cerita hantu
kekasihku seru,tower 13,jangan tegur lagi menjadi kegemaran
waktu maghrib dah tunggu depan tv
melayu rajin bergosip sana sini
kutuk orang ni kutuk orang sana
bukan nak nasihat tapi mengata
tambah2 dosa dan buat dosa kering

melayu suka hiburan
ada af ada malaysian idol
terlebih kuantiti artis melayu
qari dan qariah susah nak jumpa
topup rm60 nak sms undi mila
tabung anak2 yatim dan tabung masjid taknak plak topup
not seringgit pun dah ketar tangan
sibuk cerita artis kawin datuk
apa kena mengena dengan korang?
tak payah nak serabut kepala

dikatakan miskin marah plak
padahal pakai tak cukup kain
dedah sana ketat sini
nampak tahi lalat kat dada
body pun apa kurangya
kadang2 mengalahkan j.lo
dikatakan berasal dari timur
penuh adab,sopan-santun dan lemah-lembut
merdeka sudah 52 tahun
kenyataannya masih lagi terjajah
betul melayu mudah lupa?

melayu suka enjoy2
“asalkan bahagia,ada fulus”
saudara kat palestin tak pernah hirau
hari ni makan kfc, esok Mc d
saudara kat Palestin 3 hari tak makan
best dapat tidur lena ada air-cond
saudara kat Palestin tak dapat tidur kerana ketakutan
anak Melayu main game counter strike
anak Palestin main baling2 batu

melayu sanggup mati anak
asalkan adat terjaga
padahal ada adat yg bertentangan agama
tak senang hati jumpa bomoh
minta pelaris nak maju
santau saudara sendiri
cucuk kat hidung cucuk kat pipi
macam2 ilmu
last2 bomoh yang kaya, diri yang merana

suka berlagak dan bermegah
nak jadi datin nak jadi dato
happy go lucky anak jadi artis
sampai jiran sebelah pun dah tak kenal
apa faedahnya?
dapat dosa lagi ada la
happy anak dapat 21A spm xpa la jugak

melayu memang terer
merokok no1
merempit no2
no3 meragut
membuang masa menjadi hobi
suka releks2
bangun tidur pukul 11pagi
sambil mengeliat dan menguap “hmm..malasnya hari ni”

baiknya hati melayu
berikan peluang pekerjaan kpd org luar
kenapa tak mahu bekerja?
tunggu emas jatuh dari langit?

melayu memang kuat dan berani
ada gengster badan besar
bermegah ada geng ramai
“kalau berani kacau la line kami”
padahal satu agama,satu bangsa dan 1malaysia
kenapa boleh jadi lawan?
kan lebih baik teman tapi mesra rakyat

ramai juga kat disko
release tension katanya
tu cara terbaik
nak lupakan masalah keluarga,kewangan dan masalah kat pejabat
ramai jugak kat lorong haji taib
kesian haji taib nama dia jugak yg busuk

umur 15tahun dah syok2 bercinta
pmr pun belum ambik lagi
pegang tangan perkara biasa
tak tahu malu mungkin kot?
ramai melayu malam 14februari,malam merdeka dan malam tahun baru
hasilnya boleh tengok 9 bulan kemudian
masa tu nangis tak cukup tisu
mak ayah tak cukup kain tutup muka
ada gak 2bulan tak keluar rumah
lain yang diharap lain yang dapat
tak sejuk perut ibu mengandung
tapi bukan salah ibu megandung

dimana melayu pada hari Jumaat pukul 1.20pm
ada di rumah mimpi jadi kaya
ada di pejabat kerana letih
ada di shopping kompleks jalan2
pun ada enak menjamu selera di restoran mamak seksyen 16
bukan mimpi tapi kenyataan
solat jemaah di surau pusat serenti makin bertambah jemaahnya
solat jemaah di masjid dua saf pun tak sampai

politik melayu ada kat mana2
pejabat,rumah, atas jalan raya dan kat toilet apa kurangnya
lepas tu mula la game
hina-menghina, maki-memaki, tipu-menipu
memang betul lidah tak bertulang
jangan salahkan lidah

Nak Salah Siapa Melayu terus layu?
Ibubapa,cikgu2, ketua kampung atau perdana menteri?
ataupun polis diraja malaysia dan tok kadi?
tepuk dada tanya iman
bila nak insaf?
bila nak sedar?
bila nak taubat?
jangan tunggu Malaysia turun salji
jangan tunggu selat melaka terbelah dua
Bagaimana Melayu nak segar?
al-Quran dan as-sunnah menjadi pegangan
ikutilah akhlak Rasulullah S.A.W


ADA PINTU YANG SENTIASA TERBUKA!!!

28 January 2010

"SUDUT PIDATO" BERMULANYA SUARA KEBANGKITAN MAHASISWA


Selepas 40 tahun diharamkan kerajaan, sudut pidato atau 'Speakers Corner' mula dilaksanakan di beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) bertujuan memberi kebebasan kepada mahasiswa bersuara. Ini merupakan pentas terbaik untuk mahasiswa melontarkan idealisma yang bernas dalam mencipta "Revolusi Kebangkitan Suara Mahasiswa". Suara mahasiswa merupakan suara besar yang tidak harus di pandang remeh oleh pihak kerajaan.

Melalui sudut pidato ini mahasiswa bebas menyuarakan pendapat dan cadangan di samping dapat mengasah bakat mahasiswa dalam konteks pengucapan awam. Sudut pidato yang di hidupkan semula oleh Kementerian Pengajian Tinggi ini seharusnya di manfaatkan oleh setiap pelajar semaksimum mungkin. Apa yang terbuku di dalam hati mahasiswa boleh di terjemahkan melalui perlaksanaan sudut pidato ini.

Sudut pidato merupakan saluran terbaik mahasiswa untuk menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu isu. Gunakanlah medan ini untuk mengupas isu politik, sosial dan ekonomi dengan hujah intelektual mahasiswa yang dapat membawa impak positif kepada negara. Sudah tiba masanya suara mahasiswa di dengari oleh semua pihak, cadangan dan pandangan yang bernas dapat disalurkan dengan cara yang baik dan telus. Jika kebebasan bersuara ini disekat, maka akan lahirlah suara kebebasan melalui vandalisme yang memberi impak negatif kepada pengahsilan modal insan negara. Mahasiswa akan melepaskan apa yang terbuku di dalam hati dalam apa jua cara dengan harapan dapat memuaskan hati mereka.

Saya menyeru kepada rakan-rakan mahasiswa, marilah kita bersama-sama menghidupkan semula Revolusi Kebangkitan Suara Mahasiswa.

"SUARA MAHASISWA SUARA INTELEKTUAL"