09 March 2010

Orang Melayu jangan tikam bangsa sendiri

Shah Alam- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta menghentikan pertikaian isu sensitif yang melibatkan agama dan bangsa.

Tegasnya keharmonian, persefahaman politik dalam sistem sosial dan pendidikan harus diwujudkan dalam setiap masyarakat.

Beliau tidak mahu ada di kalangan pemimpin Melayu menikam bangsanya sendiri.

Beliau memberitahu media selepas merasmikan Himpunan Pelajar Melayu Merdeka anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, GPMS di Shah Alam.

Parti-parti politik Melayu dan juga NGO serta institusi Melayu dan Islam lain perlulah bersatu dan mempertahankan maruah bangsa.

Menurut beliau lagi Menteri Besar Selangor juga harus bertanggungjawab dengan kebangkitan isu itu tanpa menyalahkan pihak lain.

Beliau seharusnya memohon maaf atas tindakannya.