1979-Stesen Perikanan & Sains Samudera Universti Pertanian Malaysia 1996-Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) 1999-Kolej Universiti Terengganu (KUT) 2000-Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUTEM) 2007-Universiti Malaysia Terengganu
GPMS UMT telah ditubuhkan pada tahun 1997 di bawah Akta Pendaftar Pertubuhan. Bermula dengan 40 orang ahli, kini GPMS UMT mempunyai lebih 500 orang ahli dan 300 orang alumni. Peningkatan jumlah keahlian ini membuktikan bahawa GPMS UMT telah melalui revolusi kebangkitan Mahasiswa Melayu seirng dengan arus perdana.
Kami pelajar melayu yang dijemput oleh Jawatankuasa Sementara GPMS untuk menghadiri Persidangan Penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Ogos 1948:
SEDARatas perlunya disatukan tenaga sekelian pelajar-pelajar Melayu Semenanjung Tanah Melayu. SEDARakan kemunduran kami di alam pengetahuan. SEDARatas kewajipan kami untuk meningkatkan darjat pengetahuan bangsa. SEDARbahawa maju-mundur kaya-miskin dan hina-mulianya bangsa itu di tangan kami.
BERPENDAPAT bahawa GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG WAJIBLAH didirikan dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar melayu dari segenap lapisan.