12 January 2010

2010: PERMULAAN BERSEJARAH BUAT GPMS UMT

KONVENSYEN MAHASISWA MELAYU (KONMAM 2010)


Tanggal 2 Januari 2010 sejarah manis telah terpahat di dalam diari GPMS UMT kerana telah berjaya menganjurkan Konvensyen Mahasiswa Melayu(KONMAM 2010) bertempat di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu. 1500 orang perwakilan telah hadir untuk menjayakan KONMAM 2010 yang terdiri daripada perwakilan dari universiti seluruh negara dan perwakilan dari UMT sendiri. Buat julung kalinya GPMS UMT berjaya melaksanakan program pelajar dengan jayanya. KOnvensyen ini dimulakan dengan majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Prof Dr. Aziz Bin Deraman, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu. Majlis peramian ini diserikan lagi dengan simbolik Keris Panji Bangsa yang merupakan lambang kemegahan masyarakat Melayu.


Ucapan perasmian oleh Naib Canselor UMT





Majlis diteruskan lagi dengan Wacana I "PENCAPAIAN MAHASISWA MELAYU SATU TINJUAN DI IPTA" yang telah di bentangkan oleh Y. Bhg. Prof. Madya Datuk Dr. Ahmad Faiz Hj Hamid, Timbalan Naib Canselor HEPA Universiti Utara Malaysia. Isu-isu yang di kupas dan dibincangkan berdasarkan pencapaian mahasiswa Melayu di IPTA ini telah membuka minda mahasiswa dan mahasiswi supaya sedar akan senario yang berlaku pada hari ini. Mahasiswa seharusnya memandang perkara sebagai satu cabaran yang harus di galas untuk meningkatkan pencapaian kecemerlangan Mahasiswa Melayu.





Wacana II: "POLITIK MAHASISWA: KE MANA ARAHNYA?" yang dibentangkan oleh Y.B Datuk Paduka Ibrahim Ali (Ahli Parlimen Pasir Mas & Presiden PERKASA) memukau setiap perwakilan yang hadir dengan gaya penyampaian dan intonasi yang begitu menarik perhatian para perwakilan. Pandangan dan cadangan yang disampaikan oleh pemimpin berjiwa Melayu yang begitu bersemangat ini telah menjadi titik tolak kepada perwakilan yang hadir untuk terus aktif menjadi aktivis mahasiswa. Suara mahasiswa merupakan suara kepimpinan negara pada masa hadapan.









Tepat pukul 11.45 pagi, Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad (Mantan Perdana Menteri Malaysia)bersama isteri Y.A.B Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali (Pengasas GPMS) telah tiba di Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu untuk menyampaikan ucaptama dalam WACANA PERDANA:"MAHASISWA MELAYU:CABARAN DAN MASA DEPAN". Dengan nada yang tenang serta dicampur dengan gurau senda daripada Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad, pelbagai padangan dan nasihat telah disampaikan kepada para perwakilan terutamanya mahasiswa dan mahasiswi dalam usaha menongkah arus cabaran di masa hadapan. Intipati utama dalam ucaptama Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad mengatakan masyrakat Melayu pada masa kini terlalu mengutamakan adat yang dapat menjadi faktor maju mundur sesebuah bangsa itu.
































Konvensyen Mahasiswa Melayu (KONMAM 2010) melabuhkan tirai kira-kira pada pukul 2.00 petang. Pihak GPMS UMT mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua perwakilan yang hadir dan tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam menjayakan Konvensyen Mahasiswa Melayu (KONMAM 2010).

GPMS:"SINGA PERJUANGAN BANGSA"