12 January 2010

MUKADIMAH GPMS

KAMI pelajar Melayu yang dijemput oleh Jawatan Kuasa Sementara GPMS untuk menghadiri Persidangan Penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Ogos 1948:

SEDAR - Atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar-pelajar Melayu Semenanjung Tanah Melayu.
SEDAR - Akan kemunduran kami di alam pengetahuan.
SEDAR - Atas kewajipan kami untuk meningkatkan darjat pengetahuan bangsa.
SEDAR - Bahawa maju-mundur, kaya-miskin dan hina-mulianya bangsa itu ditangan kami.

BERPENDAPAT bahawa GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG WAJIBLAH didirikan dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan