26 January 2010

PENDIDIKAN NEGARA BERTARAF DUNIA


Tahniah kepada 20 buah sekolah yang telah terpilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang telah diumumkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelmarin. Langkah proaktif pihak Kementerian Pelajar Malaysia dalam memartabatkan pendidikan negara ini merupakan pemangkin kepada penghasilan kualiti pendidikan bertaraf dunia. SBT yang menyaksikan pengetua dan guru besar diberi autonomi tambahan dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan kakitangan.

Pengetua dan Guru Besar SBT harus menggunakan kuasa autonomi yang diberikan dengan sebaiknya dalam merencana kualiti pendidikan negara. SBT juga dilihat dapat mencipta formula kejayaan melalui sekolah pendekatan kuasa autonomi yang diberikan kerana senario pelajar setiap sekolah adalah berbeza. Ini dapat memberi peluang kepada SBT untuk lebih fokus kepada pencapaian kurikulum dan ko-kurikulum pelajar itu sendiri tanpa campur tangan daripada pihak Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Sebelum ini kita lihat bahawa kuasa pihak sekolah dalam merenca kurikulum dan ko-kurikulum pelajar terbatas memandangakan pihak sekolah terikat dengan kuasa Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pendidikan Negeri. Sebagai contoh, jika pihak sekolah berhasrat untuk memanjangkan waktu persekolahan, pihak sekolah perlu merujuk kepada atasan terlebih dahulu sebelum melaksanakannya. Tanpa kebenaran daripada pihak atasan, perlaksanaan di perngkat akar umbi akan terbatal secara automatik. Pendekatan melalui SBT ini dilihat banyak penambahbaikan telah dijalankan oleh pihak kerajaan kepada pihak sekolah untuk mentadbir sekolah mengikut acuan yang telah dirancang.

Secara tidak lansung, pengumuman SBT ini dapat mewujudkan persaingan sihat antara institusi pelajaran (sekolah) yang lain dalam usha untuk mencipta kualiti pendidikan bertaraf dunia di samping dapat meningkatkan prestasi sekolah itu sendiri. GPMS UMT optimis bahawa langkah bijak pihak kerajaan ini dapat mengahsilkan suatu rumusan yang bermakna dalam konteks kualiti pendidikan negara.

SEKOLAH TERPILIH SBT

Sekolah Berasrama Penuh:

* Sekolah Tun Fatimah (Johor Bahru)
* Sekolah Dato’ Abdul Razak (Seremban)
* Kolej Melayu Kuala Kangsar
* Sekolah Seri Puteri (Cyberjaya)
* Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (Jitra)
* Kolej Tunku Kurshiah (Seremban)
* Kolej Islam Sultan Alam Shah (Klang)
* Sekolah Menengah Sains (SMS) Tuanku Syed Putra (Perlis)
* Sekolah Sultan Alam Shah (Putrajaya)
* SMS Muzaffar Syah (Melaka)

Sekolah Menengah Harian:

* Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (P) Sri Aman (Petaling Jaya)
* SMK Aminuddin Baki (Kuala Lumpur)
* SMK Sultanah Asma (Alor Setar)
* SMK (P) St George (Pulau Pinang)

Sekolah Rendah:

* Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara (KL)
* SK Taman Tun Dr Ismail 1 (Kuala Lumpur)
* SK Bukit Damansara (KL)
* SK Zainab (2) (Kota Bharu)
* SK Convent Kota (Taiping)
* SK Bandar Baru Uda 2 (Johor Bahru)

Sekolah diberi autonomi:

* Fleksibel dalam pengajaran dan pembelajaran serta silibus bagi subjek wajib dan elektif
* Boleh menggunakan bahasa pengantar bahasa kebangsaan atau pelbagai bahasa lain.
* Kelonggaran menetapkan waktu pengajaran minimum sesuatu mata pelajaran.
* Memanjangkan waktu persekolahan.
* Membenarkan tempoh persekolahan bagi pelajar cemerlang ditamatkan setahun lebih awal (seperti kelas lompat).
* Fleksibiliti untuk mengagihkan kewangan mengikut keperluan.
* Pengecualian daripada perolehan secara berpusat.
* Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
* Mengambil staf berdasarkan prestasi pencapaian dan bukan kekananan.
* Boleh menyediakan bayaran kerja lebih masa dan ganjaran berdasarkan prestasi kepada semua staf.
* Boleh memindahkan staf jika prestasi kurang memuaskan.
* Pengagihan fungsi berdasarkan akademik dan bukan akademik.

Kriteria pemilihan SBT :

* Pencapaian akademik yang cemerlang.
* Melahirkan personaliti unggul.
* Merangkul anugerah kebangsaan dan antarabangsa.
* Mewujudkan jalinan dengan institusi pengajian tinggi.
* Mempunyai permuafakatan jitu dengan masyarakat serta jaringan kukuh dengan sekolah tempatan dan antarabangsa.
* Menjadi penanda aras kepada sekolah dalam dan luar negara.

-Yang Di Pertua GPMS 2008/2009-