11 January 2010

SEJARAH GPMS

SEJARAH PENUBUHAN GPMS

-GPMS telah ditubuhkan pada tahun 1948 dalam satu konvensyen pelajar Melayu dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu, yang diadakan pada 14-15 Ogos 1948 di Kuala Lumpur.

-Satu jawatankuasa sementara telah dibentuk oleh lima orang mahasiswa daripada Kolej Raffles dan Kolej Perubatan King Edward, Singapura. Mereka diketuai oleh Aminuddin Baki, Abdul Wahab Arif, Mohd Noor Marahakim, Abdullah Majid dan Siti Hasmah Mohd Ali, seorang siswi perubatan.

-Selepas pendudukan Jepun, tanah Melayu mula bergolak dan sejak itulah kesedaran kebangsaan semakin menjadi kenyataan; maka lahirlah GPMS berpaksikan kesedaran bangsa Melayu